Bagaimana Dengan Menyimpan Melalui Takaful Anda Mampu Menjamin Masa Depan Anda.?? Jom Buat Appointment Untuk Keterangan Percuma.

Sunday, 28 August 2016

KISAH PENGAJARAN UNTUK ANDA YANG BELUM MEMPUNYAI SIMPANAN PERLINDUNGAN TAKAFUL

BILA TERBACA KERATAN AKHBAR INI, TERINGAT SATU KISAH SEPASANG SUAMI ISTERI..
Si isteri sgt menentang keputusan suami utk mengambil polisi takaful kerana memikirkan kewangan keluarga yang terhad.
Sang suami berfikiran jauh dan mengambil keputusan utk ambil polisi takaful tanpa pengetahuan si isteri..
Beberapa bulan kemudian, sang suami kemalangan dan meninggal dunia.. Maka bersedihlah si isteri dan keluarga. Dilihatnya wajah anak2 mereka yg masih kecil. Kesian.. Anak2 yang masih kecil yg tidak mengerti apa2. Hidup tanpa ayah..
Kini si ibu perlu memikul tanggungjawab sebagai ayah+ibu.. Perlu mencari rezeki untuk membesarkan anak2. Perbelanjaan sekolah, keperluan harian, sewa rumah semuanya berlegar di fikiran.
Buntu apabila memikirkan bagaimana hendak menghadapi semua ini seorang diri.
Kemudian datang berita daripada adik arwah suami bahawa arwah ada mengambil pelan takaful. Alangkah terkejutnya si isteri. Terus mereka berurusan dengan pihak takaful.
Si isteri menitiskan air mata, apabila syarikat takaful mengeluarkan cek RM100 Ribu sebagai pampasan atas kematian suaminya
Maka, bermulanya timbul kesedaran tentang kepentingan mengambil pelan takaful.
Si isteri menarik nafas lega, dengan duit pampasan ini dapatlah kiranya menguruskan keluarga berseorangan buat sementara waktu sebelum memikirkan langkah seterusnya.
Si isteri telah belajar akan kesilapannya dulu. Dengan duit pampasan yg ada, digunakan sedikit untuk mengambil pelan takaful utk dirinya. Hati berkata "kalaulah aku xde nnti, apalah yg akan ku tinggalkan utk anak2 ku? Diharap dgn pelan ini adalah sedikit peninggalan utk mereka"
Pelajaran buat isteri : Jangan larang suami ambil pelan takaful, jika mereka tiada, itulah peninggalan buat anda.
Pelajaran buat suami : Jadilah suami yang bertanggungjawab. Fikirkan tentang nasib isteri dan anak2 apabila kita tiada nanti.
Saya bukan memaksa anda, tapi tidak salah kita merancang yang terbaik untuk keluarga kita sendiri. Fikir, muhasabah.. krn Allah dah kata : Datanglah sakaratulmaut yang sebenar-benarnya, itulah yang kamu selalu lari daripadanya (qaf:19).

Bagaimana nak MENDAFTAR.??
Hubungi saya dengan segera.

Sharif Muzzammil
call/pm/wasap: 013 540 5069
Etiqa Takaful Berhad
follow myPage : Jom Buat Appointment

Friday, 26 August 2016

CELIK KEWANGAN *HIBAH*

CELIK KEWANGAN ●HIBAH●
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

HIBAH ialah pemberian milik tanpa balasan oleh Penghibah secara sukarela semasa hayat atas dasar kasih sayang.

CONTOH: En Ali hibahkan Rm200000 dengan bayaran Rm150 sebulan (pampasan Takaful) En Ali untuk ibu dan isteri beliau,

Isteri En Ali : Rm100000
Ibu En Ali : Rm100000



SOALAN LAZIM
=============
1)Bila akan dapat?
Bila tiadanya En Ali seawal 2 minggu.

2)Bagaimana kalau penama terlebih dahulu tiada?
Boleh diubahsuai, boleh diagihkan jumlah mengikut kesesuaian.

3)Penting ke HIBAH ?
Bagi saya terlalu PENTING.

4)Kerana apa En Ali perlu ber-HIBAH?
Kerana En Ali SAYANGKAN MEREKA.

5) Bila Perlu mulakan HIBAH?
SEKARANG!

6) Kenapa?
Kerana kita tak pasti ajal maut sakit sihat kita.

Terima kasih kerana bertanya.😊

Sharif Muzzammil
013 540 5069
Etiqa Takaful Berhad

Saturday, 20 August 2016

Kenapa Perlu Takaful.?

Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah membuat wasiat untuk ibubapa & kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang bertakwa." Surah Al Baqarah:


1. Melindungi Pendapatan Diri Dan Keluarga


Dengan menyertai Takaful, kita sebenarnya telah melindungi pendapatan kita dan memberi jaminan pendapatan pada keluarga. Apa saja yang kita perolehi hari ini boleh hilang sekelip-mata dan pada bila-bila masa. Dengan kata lain sekiranya kita hilang keupayaan kekal, majikan terpaksa memberhentikan kita kerana kita tidak lagi menjadi aset yang penting pada syarikat walau pun suatu masa dahulu kita pernah diagung2kan dan dapat pelbagai puji-pujian atau kita bekerja sendiri, kesan dan akibatnya juga adalah sama.

Sekiranya kita merupakan Pencari Nafkah utama kepada keluarga, maka kehilangan pendapatan itu akan memberikan kesan dan impak yang sangat hebat kepada keluarga. Melalui skim takaful, kami boleh membuat pengiraan bagi menentukan bagaimanakah cara untuk mengantikan pendapatan yang hilang sekiranya sesuatu musibah buruk terjadi kepada kita. Pendapatan yang hilang itu boleh ‘digantikan’ dan kehidupan diri dan keluarga tidak terjejas sekiranya kita mengambil langkah awal dengan menyertai skim Takaful yang bersesuaian.


2. Menyimpan Secara Tetap

Oleh kerana kebanyakan kita kurang berdisiplin dalam menyimpan, maka dengan menyertai takaful ini, seolah-olah kita telah membuat ‘simpanan paksaan’ (force saving) Pakar-pakar pengurusan kewangan menyatakan, setiap orang sepatutnya mempunyai simpanan sekurang-kurangnya bersamaan dengan 6 bulan gaji.
Dana tersebut tidak boleh digunakan sembarangan, kecuali untuk tujuan kecemasan atau keadaan luar jangka sahaja. Ianya umpama pelampung penyelamat di atas kapal---hanya digunakan ketika kecemasan sahaja! Selain melindungi pendapatan, skim ini juga ada elemen simpanan.

3. Mencipta Aset Segera
Simpanan yang kita lakukan perlu ada matlamat yang jelas.
Contohnya:
Kita perlukan RM 50,000.00 dalam tempoh 10tahun--pastikan matlamat dicapai dengan mengambil kira berapa yang perlu anda simpan setiap bulan.
Simpanan yang biasa kita lakukan:
Dengan menyimpan RM417 sebulan tercapai lah hasrat kita untuk mendapatkan RM50,000 dalam masa 10 tahun. Persoalannya, adakah anda mampu menyimpan RM 417 sebulan tanpa melakukan pengeluaran balik pada bulan2 berikutnya..? adakah matlamat anda akan tercapai sekiranya anda ditimpa musibah hilang keupayaan untuk bekerja atau kematian awal yang tidak dijangka?
Simpanan Dengan Takaful:
Menyimpan RM300 sahaja sebulan dengan melakukan arahan pemotongan tetap bank, anda telah menyediakan perlindungan bernilai RM200,000.00  sekiranya berlaku hilang keupayaan kekal atau kematian awal semasa anda dalam proses menyimpan untuk mendapatkan nilai tunaiRM50,000.00 dalam tempoh 10 tahun sahaja.
Secara tidak langsung anda telah mencipta Dua aset yang berbezaaa.
Pendapat anda? Bukankah ia satu perancangan kewangan yang baik.
4. Dana Perubatan :

“Di Malaysia, kenaikan kos perubatan dianggarkan sekitar 15% setiap tahun. Ini bermakna, satu pembedahan apendisitis yang ringkas dengan kos RM1,800 pada tiga tahun yang lalu akan meningkat lebih kurang RM3,000 pada hari ini.” “Kadar kenaikan bil-bil perubatan adalah melebihi kadar inflasi umum setiap tahun. Ini menimbulkan tanda tanya, sama ada penjagaan kesihatan adalah hanya untuk mereka yang berkemampuan sahaja.”
- The Star, 14 Mac 2009.
Sekiranya kita memerlukan kos perubatan yang besar, berikut adalah pilihan yang kita ada:
1. Menggunakan simpanan yang ada- (itu pun kalau cukup)
2. Menggunakan Kad Kredit-(selepas itu dibebankan dengan hutang)
3. Meminta sumbangan saudara-mara/masyarakat- (kalau dapat)
ATAU (Pilihan Yang Ke-4)
"Menggunakan Kad Perubatan Sendiri" -- PASTI DAPAT !!

5. Melindungi Harta/Aset 
Sebenarnya banyak harta benda yang kita guna sekarang ini bukanya milik kita 100%; misalnya kita mempunyai sebuah kereta yang masih belum habis bayar kepada bank. Kereta itu hanya akan menjadi milik kita hanya apabila kita membayar kesemua hutang dengan bank.  Kalau tak percaya sila lihat geran kereta anda...lihat kepada ayat 'HAK MILIK DITUNTUT OLEH'. Walaupun kereta itu didaftarkan atas nama kita tetapi kita bukanlah pemilik sebenar kereta tersebut sehinggalah kita telah menjelaskan kesemua pinjaman bank.
Misal kata, kita hilang upaya dan tidak dapat membayar hutang kereta---setelah 3 bulan, pihak bank/finance akan menarik balik kereta tersebut ! Katakan, itulah satu-satunya kereta kita---maka kehilangan kereta tersebut akan memberikan banyak kesusahan kepada dan keluarga.
Tetapi, kalau kita mempunyai perlindungan takaful & apabila kita ditakhdirkan hilang upaya misalnya, wang pampasan tadi boleh digunakan untuk menyelesaikan mana-mana hutang supaya harta-benda kita tadi tidak ditarik oleh pihak pemberi pinjaman dan keluarga kita tetap boleh menggunakannya.

6. Instrumen Kewangan Terbaik Dunia


Tanyalah kepada pakar-pakar kewangan mana pun---mereka semua akan mengatakan bahawa konsep perlindungan ini (insurans/takaful) adalah suatu konsep yang paling baik dan paling berkesan untuk melindungi diri, keluarga, asset, dan sebagainya.
Atau anda boleh fikir sendiri--carilah--institusi kewangan manakah lagi yang dapat memberikan perlindungan yang sebegini hebat selain daripada konsep perlindungan takaful/insuran? Oleh kerana takaful memenuhi kehendak syariah, maka orang Islam boleh memilih takaful.

7. Merealisasikan Impian
Sebagaimana yang kita sedia maklum, sebagai umat islam kita diwajibkan menunaikan fardu Haji bagi yang berkemampuan. Kemampuan itu tidak datang dengan sendiri tanpa diawali dengan usaha dan perancangan yang bersistematik.
Dengan Konsep Takaful, kita menyediakan tabungan perancangan Haji yang bersistematik dan berdisiplin dalam masa yang singkat untuk mencapai matlamat simpanan, insyaAllah.. setelah anda menyertai Takaful --samaada anda sihat/tidak upaya/meninggal dunia--anda tetap dapat menunaikan rukun islam yang ke-lima. Dengan izin Allah.







"Manusia tidak pernah merancang untuk Gagal tetapi, Manusia sering Gagal dalam melakukan perancangan."

sumber : http://sufiansaim.blogspot.my

Friday, 19 August 2016

INFO Kad Perubatan (Medical Card)

LIHAT INFO INI
“Di Malaysia, kenaikan kos perubatan dianggarkan sekitar 15% setiap tahun. Ini bermakna, satu pembedahan apendisitis yang ringkas dengan kos RM1,800 pada tiga tahun yang lalu akan meningkat lebih kurang RM3,000 pada hari ini.” “Kadar kenaikan bil-bil perubatan adalah melebihi kadar inflasi umum setiap tahun. Ini menimbulkan tanda tanya, sama ada penjagaan kesihatan adalah hanya untuk mereka yang berkemampuan sahaja.”
- The Star, 14 Mac 2009.
Sekiranya kita memerlukan kos perubatan yang besar, berikut adalah pilihan yang kita ada:
1. Menggunakan simpanan yang ada- (itu pun kalau cukup)
2. Menggunakan Kad Kredit-(selepas itu dibebankan dengan hutang)
3. Meminta sumbangan saudara-mara/masyarakat- (kalau dapat)
ATAU (Pilihan Yang Ke-4)
"Menggunakan Kad Perubatan Sendiri" -- PASTI DAPAT !!
Renung2kan lah.. Wallahualam 

Tabung Simpanan Pendidikan Anak

Anak-anak adalah lambang kebanggaan dan kebahagian anda. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, anda sedia maklum bahawa pendidikan amat penting untuk berjaya dan anda mula menyimpan demi masa hadapan mereka. Namun begitu, simpanan anda mungkin tidak mencukupi
Kos pendidikan kini meningkat secara mendadak. Dalam masa 10 tahun, kos pengajian di peringkat universiti selama 4 tahun boleh mencecah sehingga RM72,000.00 di Malaysia*, RM250,000.00 di Australia mahupun RM400,000.00 di UK**. Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, anak-anak anda mungkin tidak berpeluang mendapat pendidikan sepertimana yang diinginkan. Oleh itu, amat penting untuk kita merancang masa hadapan mereka sekarang.
Sumber-sumber:
*Study in Malaysia Handbook (International Edition)
**Ministry of Higher Education 2009
Intelek membantu membina dana yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan anak-anak anda dan turut memberikan perlindungan dengan hanya sumbangan serendah RM70.00 sebulan. Tambahan lagi, Intelek memberi ganjaran terhadap pencapaian cemerlang anak-anak anda.